Renungan hari ini!! =)

Jangan kita meminta Allah untuk sentiasa menjadikan hidup ini mudah, tetapi mintalah kepada Allah supaya menjadikan kita sebagai orang yang kuat!!

Supaya kita dapat menghadapi kesemua rintangan dengan hati yang tenang…

 

 

 

 

Apabila Allah mendapati kamu bingung, Maka Allah sentiasa akan memberikan petunjuk.. Teruskan berdoa..

 

 

 

 

 

Kalau kita hendakkan sesuatu perkara, maka kita hendaklah berusaha untuk mendapatkannya.. Kalau sekadar berkehendakkan perkara tersebut, maka ianya takkan menjadi kenyataan…

 

 

 

 

 

Mulakan dengan BISMILLAH!! =)

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

:KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH:

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.” Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Jom kita muhasabah diri!!

Assalamualaikum..
Mari kita sama-sama bermuhasabah diri sambil kita bersantai..

“Setiap yang berlaku kepada kita, ada hikmahnya.. Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita…”

Janganlah kita sentiasa merungut, sebaliknya kita haruslah bersyukur walau apa pun perkara yang terjadi.. Sesungguhnya, Allah tahu apa yang terbaik.. Teruskan berdoa supaya apa yang akan kita dapat adalah yang terbaik untuk kita..

Bagaimana hendak menerima dengan ikhlas? icon smile Ikhlas Memberi Ikhlas Menerima... Sukarnya memberi jawapan yang tidak mungkin kita bisa gambarkan dengan kata-kata, mahupun dengan pelbagai lakaran. Ikhlas hanya menjadi pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui. Ikhlas itu diibaratkan seekor semut hitam yang berada di atas batu yang hitam di waktu malam yang hitam dan gelap.

Ikhlas ke tak ni? Kita sering mempersoalkan ikhlas orang lain kepada kita, tanpa kita mempersoalkan keikhlasan diri kita dalam menerima. Kita sering menyusahkan diri kita memikirkan keikhlasan orang lain. Kenapa kita tidak menyusahkan diri kita memikirkan keikhlasan diri kita? Pada hemahnya itu lebih bermanfaat kerana suatu kebaikan atau sebaliknya sebenarnya hadir dari diri kita sendiri.

Ikhlas ialah amalan yang semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Dengan memberi maksud ikhlas itu adalah hasil pembenihan daripada pentauhidan yang sempurna. Juga seiring dengan keikhlasan itu suatu amalan yang benar juga soleh.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: surah al kahfi:110

‘Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”‘

Sesungguhnya tanpa kita sedar ikhlas dalam menerima, membantu orang lain mendapat ganjaran dengan amalan kebajikannya.
“Ala, seposen jer…hehehe..siapa tahu sepuluh sen yang ada membuahkan suatu hal yang lebih manis dan lebih nikmat.” Bak kata orang, sentimental value..huh :p…..” Siapa tahu waktu itu ikhlas dengan nilai sepuluh sen itu capaiannya maksimum. Dan siapa tahu ikhlas penerimaan sepuluh sen itu capaiannya juga maksimum. “Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.” begitu satu kata2 yang pernah aku terbaca pada suatu ruangan. Amalan yang ikhlas hanya kerana Allah dan amalan yang benar adalah amalan yang seiring dengan sunnah dan syara’……

Wallahu’alam, walau bagaimana pun tangan yang memberi LEBIH BAIK dari tangan yang menerima dan marilah sama2 kita berusaha mendidik nilai keikhlasan dalam diri kita…..

Jom kita vote!!

Secara peribadinya, apakah target anda untuk subjek Pendidikan Islam??

Selamat Datang Ke Laman Pendidikan Islam PMR

Selamat datang ke Laman Pendidikan Islam PMR!! =)

Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberikan kemudahan kepada semua pelajar dalam mendapatkan A dalam subjek Pendidikan Islam..